My Alienssss

17 October 2011

aku TUNANGAN orang??

hah!!mesti terkejut kan??
terkejut plus nyawa nyawa ikan kan kan
sabar sabar sabar
belum abis cite lagi lahh
aku pon terkejut plus mati sekejap lepas taw hal nie
aku ade bace satu statement nie taw mengatakan 
"MENJADI TUNANGAN ORANG TANPA DI SEDARI"
korang korang bace pon terkejut kan kan
aku malas nak citer pnjang lebar
sekdar nak berkongsi sedikit jer
sebenarnyer aku pon baru jer taw
so makne nyer mengikut statement yang akan di paparkan kejap lagi
aku.................tunangan orang??
so haram bagi lelaki laen untuk meminang aku
ape nie????
belum sedia lagi kottt
ape nak buat!!!!
:(



hah mesti tak nampak sangat plus tak jelas sangat kan kan
tak pew tak pew korang korang sume boleh bace melalui statement bwah nie
mungkin lebih jelas
bagi sesiapa yang mata nyer jelas plus terang boleh lahh bace statement diatas
bagi niat untuk merabunkan matanyer dengan cepat sekali
bagi yang memang sudah sudah rabun tuhh sila lahh bace di statement bawah yer


Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan
wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum
 tahu atau tidak kenal pihak lelaki?


Jawapan:

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada
 pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah
dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.


Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan,
 "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.


Maka dari segi hukum syarak
, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi
 tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.


Jadi,
haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak 
lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.


Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk 
lelaki meminang perempuan?


Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum 
Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?


Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu 
adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk
menjadikannya seorang isteri.


Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?


Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak 
seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap 
bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat 
mengahwininya.


Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh,
gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.


Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita 
sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.



nampak kan???
so pandai pandai la bace dan fahami sendiri setiap perkataan tuhh
aku da malas nak citer agy
aku pon dalam trauma agy nie
nie memang sah taw
sebab dari segi hukum islam
so berhati hati lahh lepas nie
time nak cakap ngan boyfie boyfie you all okay


okay okay okay
CHOW!!!

No comments:

Post a Comment