My Alienssss

23 June 2011

Kegilaan K-Pop makin menjadi-jadi

Kegilaan kepada muzik arus Korea yang dikenali sebagai K Pop semakin berleluasa di negara ini. Semakin banyak ruang untuk kemasukan kumpulan dari Korea untuk mengadakan persembahan di sini.  Pengikut mereka juga ramai.

Kalau muzik Melayu lebih kepada anak -anak muda Melayu dan muzik cina kepada remaja Cina, K Pop nampaknya berjaya menarik remaja pelbagai kelompok tanpa sempadan bahasa pertuturan mereka.
Sebab itulah Astro Hitz menerbitkan sebuah program berkonsep realiti yang menggunakan muzik K Pop sebagai asas utamanya. Mereka menerbitkan K-Pop Hitz Telent Show yang akan mula bersiaran  23 Jun hingga 4 Ogos ini di Astro  Hitz (saluran 705).
Program sebanyak lapan siri itu menampilkan Jehan Miskin sebagai pengacara. Jehan juga bertindak selaku penerbit eksekutif program tersebut. Program itu turut mendapat kerjasama Organisasi Pelancongan Korea.
"Kami mengambil kesempatan untuk menerbitkan program ini kerana kami lihat sambutan peminat terhadap gelombang K Pop sangat kuat. Kami mahu peminat turut sama merasai sendiri arus muzik K Pop ini," kata Pengurus Saluran Astro Hitz, Cheong Cheng Vei dalam sidang akhbar di Plaza Korea, Kuala Lumpur pagi ini.
Bagi remaja berusia lebih 18 tahun yang berminat dalam nyanyian solo, berkumpulan serta tarian menggunakan muzik K Pop, mereka adalah peserta yang dicari-cari untuk menyertai ujibakat. Bagi yang ingin mendaftar awal, boleh berbuat demikian di laman www.facebook.com/astrohitz.
Formatnya sedikit berbeza dengan program realiti lazim apabila menggunakan juri profesional senbagai penentu kemaraan peserta. Sebanyak empat siri uji bakat diadakan dan dua finalis akan di piilih di setiap lokasi uji bakat. Lapan finalis akan berentap di siri kelima.
Pememang akan dibawa ke Korea dan berpeluang mengadakan persembahan di Lotte World Theme Park, Korea.  Pentas persembahan itu akan dikongsi bersama artis Korea yang turut mengadakan persembahan di sana nanti.
Ujibakat akan di adakan di Wangsa Walk, Wangsa Maju pada 18 Jun diikuti pada 25 Jun di Berjaya Times Square. Seterusnya Jehan dan krew akan ke The Curve pada 2 Julai dan diakhiri pada 9 Julai di SACC Mall, Shah Alam.
"Saya teruja sekali dengan program ini. Selain mengacara, saya juga terlibat sebagai orang belakang tabir daripada awal sehingga akhir program.
"Ia bukan idea daripada syarikat saya, sebaliknya daripada pihak Astro Hitz. Bila saya dilantik untuk menerbitkannya kami berbincang dan ada sedikit input yang kami serapkan," kata Jehan.
Pengarah Urusan Organisasi Pelancongan Korea, Yun Jae-Jin juga menyambut baik usaha penerbitan program ini, apatah lagi semasa drama, muzik dan budaya Korea sedang diminati di seluruh dunia.
"Saya yakin  K-Pop Hitz Talent Show akan menjadi memontum yang hebat untuk menjadikan budaya K-Pop di Malaysia sebagai satu gaya hidup dan mengeratkan lagi persaudaraan di antara Malaysia dan Korea," katanya.

No comments:

Post a Comment