My Alienssss

23 June 2011

Awal Ashaari Umum Bertunang?

Awal Ashaari menafikan ada majlis pertunangan pada hari lahir Scha Al-Yahya
Mengubah status hubungannya di laman sosial popular Facebook, daripada 'single' kepada 'Engaged' pada 31 Mei yang lalu, ramai yang menyangka pengacara dan pelakon kacak, Awal Ashaari sudah mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Scha Al-Yahya.
Apatah lagi hari lahir Scha yang jatuh pada 30 Mei, semakin membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada Awal Ashaari sudah melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup pada tarikh berkenaaan.
Bertemu lelaki kelahiran Kuala Lumpur ini di majlis sidang media program realiti Mari Menari musim kedua, dia yang bertindak sebagai pengacara untuk program ini mengakui dengan sendirinya mengubah status di dalam facebook milik peribadinya daripada 'Single' kepada 'Engaged'.

"Ya memang saya yang ubah status itu, dan ia bukannya telah digodam ataupun di ubah oleh orang lain. Sebenarnya, saya tidak berniat untuk mengelirukan sesiapa, dan ianya hanya gurauan.

"Saya dan Scha masih belum bertunang, biarpun kami memang sudah merancang untuk pergi lebih jauh dalam hubungan kami ini. Namun, apa yang tertulis di Facebook itu hanya sekadar gurauan semata-mata.

"Saya sudah lama tidak membuka Facebook peribadi, jadi kebetulan semalam saya mempunyai masa terluang dan sedikit bosan, jadi saya sengaja menukar status di dalam Facebook. Kebanyakan rakan-rakan di dalam akaun Facebook peribadi saya itu terdiri daripada rakan-rakan rapat dan keluarga, jadi pada awalnya saya tidak menyangka ada mengetahui perkara ini.

"Setakat ini hubungan saya dengan Scha masih berjalan seperti biasa, tidak banyak yang berubah melainkan kami semakin sibuk dengan tugas masing-masing. Memang kami ada bercerita tentang hubungan ini, tapi setakat ini masih belum ada keputusan yang sahih sama ada kami akan bertunang dahulu ataupun terus berkahwin, tapi Insya-Allah, jika ada majlisnya kami akan memberitahu pada umum, dan bukannya majlis tertutup,"cerita Awal Ashaari.

No comments:

Post a Comment