My Alienssss

13 October 2012

i love u ! !

KITA bejanji  untuk mendoakan antara satu sama lain.....
agar nanti Allah temukan KITA kembali ke SYURGA....

11 October 2012

please faham aku ! !

aku bukan tak boleh terima kau.. tapi aku memang dah anggap kau sebagai kawan aku.. kau buat benda macam mane pun aku tetap anggap kau kawan aku..mintak maaf lah banyak banyak.. aku taw kau dah luahkan isi ati kau kat aku..aku terima dengan baik..tapi aku mintak maaf sebab aku tak dapat nak bals cinta kau kat aku selama nie.. lebih elok kita berkawan selama lama nya drpd kita jadi musuh satu hari nnti disebabkan hubungan seriud kita.. hmmmm aku harap kau faham...

03 October 2012

4 Cara Mudah Untuk Mengatasi Stress



cara mudah untuk mengatasi stress, cara mengatasi stress, cara menangani stress, panduan hidup, tips kehidupan seharian, tips untuk lebih yakin, rahsia kehidupan, teknik untuk lebih berjaya, panduan untuk lebih berjaya, cara-cara ingin berjaya, rahsia peribadi, rahsia personaliti diri


Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.



1. Pemakanan yang betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.



2. Jangan membebankan diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.



3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.




4. Berinteraksi dengan keluarga dan rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.



Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

Soal Hati Remaja - Patutkah Berkahwin Awal



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.



1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?



Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?



2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

3 Perkara Mengapa Wanita Paling Ramai Menghuni Neraka



Mungkin ramai golongan wanita tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah realiti. Memang itulah kenyataannya kerana Rasulullah SAW tidak pernah berdusta. Hadis nabi saw bertaraf sahih menjelaskan perkara ini. Iaitu Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda:
“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita."

Sekiranya anda seorang perempuan, anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud tidak berpeluang langsung untuk masuk syurga. Hadis ini hanya menerangkan majoriti penghuni neraka, bukan tiada langsung golongan lelaki. Oleh itu berusahalah agar anda menjadi golongan yang berhak menghuni syurga.

Apakah sebab?
Persoalannya apakah sebab ramai wanita jadi penghuni neraka? Rasulullah saw ada bersabda dalam beberapa hadis yang menyatakan punca-punca permasalahan ini. Antara penyebab-penyebabnya ialah :

1. Tidak bersyukur dan tidak menghargai kebaikan suami
Dalam sebuah kisah ketika Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan solat gerhana, Rasulullah S saw melihat Surga dan neraka.

Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para sahabatnya , “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Beliau saw menjawab, “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” ( Imam al-Bukhari)



2. Mendedahkan aurat
Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Imam Muslim)

Jalan Penyelesaian


1. Untuk selamatkan diri dari tergolong dalam penghuni neraka maka anda (para isteri) hendaklah berusaha untuk mengenang jasa dan berterima kasih terhadap kebaikan suami. Taatilah mereka dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan menafikan beribu kebaikan suami hanya kerana satu kekurangan yang ada pada dirinya.


2. Tutuplah aurat dengan sempurna. Jangan jadi seperti dalam hadis, ‘berpakaian tetapi bertelanjang’. Pada hari ini ramai yang menutup kepala tetapi memakai pakaian yang nipis, ketat sehingga menampakan susuk tubuh dan macam-macam lagi fesyen yang tidak memenuhi konsep menutup aurat yang sebenar.


3. Jaga solat, puasa dan kehormatan diri.

Terdapat satu hadis yang menerangkan berita baik bagi wanita iaitu hadis yang bermaksud :
“Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia akan syurga mana-mana pintu yang dikehendakinya.”( Ibn Hibban,disahihkan oleh al-Albaniy)

3. Perbanyakkan bersedekah
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :
Ketika beliau selesai khutbah hari raya yang menyuruh untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun bangkit mendatangi kaum wanita, beliau menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian beliau bersabda, “Hendaklah kamu bersedekah! Kerana kebanyakan kamu adalah kayu bakar neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia bertanya, “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana kamu banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (Imam al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain baginda saw bersabda :
Selamatkanlah diri kamu dari neraka walaupun hanya ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dan ditempatkan di syurgaNya di akhirat kelak.

10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Allah S.W.T



1. Orang lelaki yang bersolat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (bertaubat). 

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya. 

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 

18 September 2012

terlampau RINDU ! ! !


Firstly nak mintak maaf awal awal sebab tulis nama korang kat tisu… Itu menandakan anum memang betul betul rindu kan korang semua… Anum tak tahu kenapa time anum tengok gambar korang semua anum nanges.. Anum memang rindu sangat sangat kat korang.. Tapi anum tak tahu lah korang semua ingat anum lagi ke tak.. Masih terbayang lagi kenangan kita bersama masa sem 1.. Anum tahu anum memang minah kepoh.. So anum nak mintak maaf kalau ade wat salah dan silap.. Halalkan segala duet yang korang dah gunakan untuk anum.. Anum mintak maaf sangat sangat.. Insyaallah ada jodoh kita akan jumpa gak satu hari nanti.. Cuma buat mase sekarang nie anum sebuk jer.. Mili Wardah Nana Zatty…………………Anum rindu giler sama korang….I LOVE U ALLS SO MUCH ! ! ! ! !





 Nama nie ditulis time anum kat kedai makan…




14 September 2012

Hati . . .


·       -   Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku…
·       -   Aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku…
·        -  Aku belajar untuk jadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi…
·         - Aku belajar untuk tidak membenci sesiapa yang pernah mengecewakan aku…
·         - Aku belajar menjadi seorang yang tabah dengan segala dugaan yang ku tempuhi…
·        -  Aku belajar  menjadi seorang yang matang dengan keadaan sekeliling…
·        -  Aku belajar menyayangi hati ini demi orang lain…
·         - Aku belajar untuk berfikiran terbuka demi masa akan datang…
·         - Aku belajar mencari seseorang yang menyayangi aku…
·         - Tetapi ada sesuatu yang tak akan dan tak dapat aku pelajari iaitu :
harus belajar tersenyum disaat orang yang aku sayangi, menyayangi orang lain”

Cinta memerlukan keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan……
Jika kita tidak pandai menilai cinta maka cinta itu akan menjadi pahit…
Jika kita dapat merasakan nikmat cinta maka cinta itu akan menjadi manis dengan serta merta…
Cinta akan terjadi jika seseorang tidak bertepuk sebelah tangan…
Cinta itu buat….
Cinta tidak menilai paras rupa, harta benda dan pangkat..
Cinta itu tulus…
Cinta itu manis…
Cinta itu indah…
Cinta !!!!!!!!!!!!!!


“hargailah dan sayangilah orang yang mencintai kita”

04 September 2012

..................

COMEL TAK SAYA ? ?




















sekian.............

duta DARLIE ! !

Nama saya Siti Aisyah... 13 Jun hari tuh genap umur saya 2 tahun.. Nama aunty saya yang paling comel Anum..(eh3 terpromote diri sendiri pula)..hehehe.. Saya mula jadi duta ubat gigi nie sejak gigi saya tumbuh.. Saya nampak comel time saya senyum.. Kalau rasa diri saya comel vote SITI AISYAH hantar ke 32222.. heheheheheheh


semasa sesi shooting iklan

 mari gosok gigi kawan kawan ! !


 putih tak gigi saya ? ?


alah! ! !malu lah kawan kawan tengok gigi saya...


sekian...............