My Alienssss

16 January 2013

Alhamdulillah..

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...



Alhamdulillah dah genap tiga bulan si bayi membesar dalam perut ibu... Dan alhamdulillah sekali lagi si bayi masih sehat walafiat... Semoga si bayi dan si ibu dalam keadaan yang sehat... Dan cepat cepat lah keluar.. FYI jantina masih belum diketahui atas sebab sebab bayi masih lagi kecil... hehehe...



3 months baby dalam perut

nampak tak benda dalam bulat hitan tuh.. itu lah si bayi yang saya suka..heheh



p/s: tak sabar nak kandung anak sendiri..hew hew hew

Bengang !!!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...


Bengang betul lah.. Ada masa boleh gurau gelak kuat kuat sana sini.. Ada masa aku mintak maaf lah.. Kau jangan fikir aku gelak gelak dengan kau tapi aku takde perasaan nak marah... Orang yang kelakar nie kalau marah lagi dahsyat taw... Kau belum kenal aku sapa lagi so kalau nak bergurau beragak agak lah... Kau jangan fikir aku dah anggap kau kawan baik aku kau boleh buat aku macam nie.. Aku tak hamak lah... Kau berlagak dapat kawan dengan aku macam kau dapat kawan dengan Erra Fazira jer.. Aku mengaku aku takde pape untuk di bangga kan kalau dapat kawan dengan aku.... Aku manusia biasa jugak.. Tapi aku nak ingatkan lah kau jangan lah berlagak kalau aku cakap aku suka kawan dengan kau... Baru cakap sikit dah berlagak apa lagi kalau aku cakap sayang kau.. Haish!!! Manusia manusia !!


p/s: sapa makan cili die terasa pedas dan aku mintak maaf.. Kalau tak nak air bertambah keroh please bersih kan dengan kadar yang cepat...

09 January 2013

........

Aku Suka Kamu!!!! :)

Kau Ilham Ku

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia....


Al-Fatihah...........


Alhamdulillah dah genap dua tahun arwah pergi meninggalkan kita semua dan dunia yang fana ini... Tapi perasaan rindu dan sayang masih ada terkubur dalam hati nurani aku.... Sedih memang tak syak lagi... Hari hari mengenangkan kisah suka dan duka bersama kamu... Apabila teringatkan kau aku hanya mampu menangis dan berdoa sahaja.. Itu jer yang aku mampu buat.. Aku mintak maaf lah sebab hanya dengan berbekal kan sebuah doa untuk mengiringi kamu disana... Aku dah maafkan kau taw.. Aku nak kau tenang kat sana jer..

Aku nak mintak maaf gak sebab tak dapat nak tunaikan janji kau supaya aku cari pengganti kau sebab hati aku terlampau sayang kan kau... Aku tak boleh terima orang lain dalam hidup aku buat masa ini.. Sayang aku kat kau terlebih kuat.... Sampai semua orang yang pernah mintak kaple aku tolak macam tuh jer.. Kenapa kau buat aku jadi macam nie... Sejak kau takde aku tak terima sapa sapa dalam hidup aku lagi.. Aku hanya mampu berkawan dengan semua orang jer... Hati aku untuk kaple tak terbukak langsung.. Kau menyeksa aku... Aku sedih taw....

Aku terkilan mase pemergian kau dua tahun lalu.. Kau tak pernah cerita yang kau saket.. Setiap kali keluar kau nampak happy jer macam orang normal... Sampai satu hari kau jatuh saket tapi kau tak bagi tahu aku pun.. Kau simpan kau pendam segala galanya.. Tapi sampai kau koma dalam ICU baru lah aku dapat panggilan dari kakak kau yang kau koma.. Kau tahu tak ape perasaan aku time tuh.. Kau tahu tak?? Aku rasa macam nak tercabut nyawa taw.. Aku rasa macam kena prank.. Tapi aku fikir balik tak kan akak kau nak prank aku pulak... Aku sabar kan hati aku.. Aku tenangkan hati aku yang lemah nie... Aku pergi melawat kau dekat hospital... Tapi ape yang aku nampak sekujur tubuh yang dibaluti sehelai selimut putih dengan wayar yang berselirat di badan kau.. Aku tahu kau sakit.. Aku nak nangis air mata tak keluar.. Nak marah geram tak lepas... Nak menjerit aku fikir aku dekat hospital.. Hanya hati dan Allah jer yang tahu perasaan aku selama nie.. Tuh salah satu nya aku tak suka dengan orang yang hisap rokok... Kau sakit sebab rokok.. Kau meninggal sebab paru paru kau rosak akibat rokok.. ROKOK!!!

Pada masa tuh hanya mak kau jer yang mampu tenangkan aku... Mak kau sayang aku.. Tapi kau tak pernah sayang aku... Selama tiga minggu kau koma sampai lah satu hari Allah tarik nyawa kau dengan senang... Aku terkilan selama tiga minggu tuh kau tak cakap dengan aku walau sepatah pon... Kau tak pandang aku walau sesaat pon.. Kau benci aku ker.. Aku terkilan... Kalau kau cakap dengan aku walau sepatah perkataan pon sebelum kau pergi aku tak akan terkilan macam nie.. Kau buat aku lagi benci dengan kau.. Aku tak sempat nak mintak maaf dengan kau.. Aku dah maki hamun kau sebab kau tak nak bagi tahu kau sakit.. Aku bersalah... Tapi salah kau jugak tak nak berterus terang.. Kau dah janji dengan aku antara kita berdua tiada rahsia walaupun benda kecil.. Tapi kau sendiri mungkir janji..

Aku mintak maaf sebab tak dapat nak hadiri majlis pengebumian kau sebab aku tak sanggup tengok kau hilang depan mata aku.. Aku pergi ziarah selepas pengebumian kau.. Aku sayang kau... Aku rindu kau.. Kenapa kau tak pandang aku saat getir kau dulu.. Kenapa?? Aku nak tengok mata kau.. Aku sumpah dalam hati aku sekarang nie hanya ade engkau dan nama engkau sahaja.. Sayang kau tak sama dengan sayang orang lain... Aku sayang sama kau!! Aku rindu sama kau!!! Aku cinta sama kau!! Aku kasih sama kau!!! Sayang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Kau Ilham Ku.......


Al-fatihah Ahmad Muhaimin....... Semoga arwah ditempatkan ditempat orang orang yang beriman dan soleh.. amin....


Dalam hati ini hanya ade kau seorang AHMAD MUHAIMIN <3 .....

p/s: Kalau lepas nie ade orang yang cube ganti kau aku janji kalau orang tuh boleh terima kau die pon kene terima kau seadanya dalam hati aku.. :)

06 January 2013

Pengorbanan Ayah



[Copy paste dari status facebook seorang sahabat. ]

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"
"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...".
Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?"
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"
"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira.
Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?"
"Cukup, Terima Kasih ya...".
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...



STATUS INI AKU COPY DAN SHARE DI SINI SEBAB AKU SANGAT TERSENTUH MEMBACANYA. AKU MOHON AGAR KITA SEMUA YANG MEMBACA KISAH INI SEDAR BAHAWA KITA HARUS BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA, HARGAILAH IBU BAPA KITA DAN JANGANLAH HANYA TAHU MEMINTA-MINTA. MENCARI REZEKI BUKANNYA SEMUDAH YANG DISANGKA. DUIT TAK JATUH DARI LANGIT! JADI JIKA KITA BUKAN ORANG SENANG, JANGAN SESEKALI MENGINGINKAN APA YANG DI LUAR KEMAMPUAN KITA. JANGAN SESEKALI JUGA KITA MENYUSAHKAN KEDUA IBU BAPA KITA.


PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA YANG MEMBACA, INSHAALLAH…

04 January 2013

Spaghetti

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.....



Hari ini saya Chef Anum akan buat Spaghetti untuk kamu semua... hahahaha.. Tak habis habis berangan berangan berangan.... Tuh jer lah yang kau tahu erk Anum comel.. Aikkk perluker ade perkataan comel tuh... * angkat tangan letak di bahu mata keatas*

Entah lah tetibe jer mengidam nak makan spaghetti.. Aku pon tak tahu sapa yang mengandung sekarang nie.. Aku ker akak aku?? Delima delima delima.... Mestilah akak aku sebab aku belum kahwen lagi... FYI lelaki lelaki kacak di luar sana saya masih single... Perlu ker ?? Hmm pape jer lah.. Dah kering idea nie.. Please lah suka suka suka baca kemerapuan aku nie... Hah tension!!!

Sekarang lets be continue ......

Berdiri nya aku disini... Okay aku sekarang tengah type sambil duduk.. Tak berdiri pon.. Ayat nak poyo plus skema geli doe!!... Aku malas nak type panjang panjang sebab tak de idea tapi jari jemari aku yang comel comel belaka nie asyek dok bergerak menari sana sini atas keyboard nie... Please stop!! Tak nak ?? Kenapa?? Kalau tak nak berhenti jugak nanti aku potong sama kau.... Okay aku poyo lagi.. Dah dah lah tuh Anum jangan nak dok mengarut melalut jer.. Cepat ceritakan apa dah jadi dnegan spaghetti kau...


See whats happen??

air rebusan mee spaghetti mula mendidih

Taraaa!! nie lah hasil rebusan tadi...

masak kuah spaghetti.. Bnayak giler chicken ball.. Yummy!!

Tambah dengan air ice lemon tea

hasil setelah 20 minit memasak spaghetti tadi
Iced Lemon Tea!!

Jomm mentedarah!!!

Sekian.....


p/s: semoga akak dan baby sehat selalu.. Yeay yeay raya tahun nie ade baby baru... :)


01 January 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.......


PooooooM........ PooooooM.......... PooooooM !!!!!!!!!  *bunyi bunga api meletup*




Happy New Year 2013 !!!!!!! Bubye tahun 2012.... Assalamualaikum tahun 2013...... Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2013.. Cepat betul masa berlalu pergi kan kan kan... Bagai di tiup angin kencang yang macam ribut taufan.. hahahahah...


Masuk jer tahun 2013 bermakna umur kita semua makin meningkat dan makin tua lah senang.... Semau mesti pasang azam macam macam tapi tak pernah nak laksana kan... Berangan jer semua tapi habuk pon tak de... Sama lah macam aku yang pasang azam macam macam tapi satu dua jer yang tercapai dan terlaksana.... Kelakarkan...   :D






 " HAPPY NEW YEAR 2013"